Sesi Libat Urus bersama Waris Pelajar Diploma

Taklimat
๐Ÿ๐Ÿ– ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐‘๐€๐๐”) : Sesi Libat Urus Tuan Pengarah ILP APNT Bersama Waris Pelajar Diploma Teknologi Percetakan Berkenaan Latihan Industri telah diadakan secara dalam talian. Turut hadir bersama, Encik Lin Wai Hoong, Head of Human Resource Kian Joo Group.
ย 
Sesi yang julung kalinya diadakan ini adalah untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan latihan industri para pelajar berkenaan yang akan bermula pada 15 Januari 2025 nanti. Semua Pelajar Diploma Teknologi Percetakan ILP APNT akan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat di bawah Kian Joo Group yang terletak di Senai, Nilai dan Batu Caves.
ย 
Sesi ini dimulakan dengan penerangan berkenaan latihan industri, latar belakang Syarikat Kian Joo Group, kemudahan yang disediakan serta peluang kerjaya yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Penerangan ini telah disampaikan oleh Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah, Penolong Pengarah Unit CESS ILP APNT.
ย 
Seterusnya, sesi soal jawab antara waris dengan pihak pengurusan Syarikat Kian Joo Group. Antara pertanyaan dan kemusykilan yang diutarakan adalah seperti keadaan penginapan pelajar ketika latihan industri, pengangkutan, insurans, kemudahan cuti dan lain-lain lagi.
ย 
Tuan Pengarah ILP APNT, Ts. Adnan bin Ismail telah menyampaikan amanat dan hasrat jabatan kepada para waris pada penutup sesi ini. Pihak pengurusan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai menaruh harapan yang tinggi agar para Pelajar Diploma Teknologi Percetakan pada sesi kali ini terus bekerja secara tetap di syarikat-syarikat di bawah Kian Joo Group sekiranya ditawarkan nanti.
ย 
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan waris pelajar yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada malam ini. Semoga dengan terlaksananya sesi libat urus ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pelajar dan waris masing-masing.
ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€