BAHAGIAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai Pendawaian Domestik dan Industri yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan elektrik melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.Tempoh latihan hanya 2 tahun iaitu 4 semester. Sebaik tamatnya kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruelektrik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa
Pelajar akan diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu fasa dan tiga fasa (domestic dan industri). Selaian itu, para pelajar juga akan diajar untuk mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal dan membaikpulih alat janakuasa, motor dan peralatan industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST)
Peningkatan permintaan sebagai Juruelektrik, Pendawai Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik di industri-industri tempatan membuka peluang yang banyak kepada lepasan kursus ini. Jurulektrik berpengalaman berpeluang menjadi Penyelia atau Penilai bagi firma kontraktor elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai Kontraktor Elektrik. Pelajar yang tamat kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Teknologi Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Sijil Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal – PW 2 oleh Suruhanjaya Tenaga dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kursus ini hanya dibuka bagi mereka yang telah mempunyai Sijil Teknologi Elektrik Satu Fasa atau Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2) sahaja. Pelajar diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian 1-fasa dan 3-fasa, mencari dan mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta membaikpulih alat janakuasa, motor dan perlatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST). Pelajar yang tamat kursus ini akan dianugerahkan Sijil Pendawaian Elektrik (3 Fasa) – PW4 oleh Suruhanjaya Tenaga.
Objektif kursus
Kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik/ Industri Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.
Di samping itu juga, kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik dan ICT | ||||
Nurul Hanida bt Abdul Wahab | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV10) | ||||
Ketua Bahagian Teknologi Elektrik | ||||
Ts. Alwary Suhaimy bin Johari | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV10) | ||||
Dibantu oleh tenaga pengajar | ||||
Ku Azmi bin Ku Ishak | Mohd Hamidi bin Saidin | Hajar Aswad @ Zulkifli bin Mohamad | ||
Pen Peg Latihan Vokasional (DV8) | Pen Peg Latihan Vokasional (DV8) | Pen Peg Latihan Vokasional (DV8) | ||
Mohd Nizam bin Mat Noh | Fakhrul Dahri bin Basir | |||
Pen Peg Latihan Vokasional (DV7) | Pen Peg Latihan Vokasional (DV7) | |||
Kursus yang ditawarkan