Syarat am kemasukan a) Warganegara Malaysia; b) Boleh membaca, menulis dan mengira c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Syarat khas program (i) Berumur 17 hingga 30 tahun; (ii) Lulus SPM dengan LULUS Bahsa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut: 1. PR-023-3:2012 (Pengeluaran Litografi Offset) 2. PR-024-3:2012 (Rekaan Grafik) 3. PR-010-3 (Penyelia Pra-Cetak) (iii) Lulus dalam temuduga yang dijalankan Tempoh Latihan 1 Tahun 6 Bulan. Persijilan |
Objektif Kursus Objektif kursus Diploma Percetakan ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan pengurusan percetakan. Ia menjurus kepada latihan teori/amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, teknik kawalan mutu cetak, kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai pengurus percetakan. |
Peluang Kerjaya Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan industri - industri masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang Jurucetak Lithographic. Jurucetak Lithographic yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau pembantu pengurus percetakan bagi syarikat percetakan. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini mampu memulakan perniagaan sendiri. Memandangkan Malaysia sekarang lebih kepada perkembangan Teknologi Maklumat bidang Percetakan juga dilihat memberi satu impak yang jelas terutama dengan berkembangnya sektor media. Industri percetakan juga memberi perhatian kepada meninggikan dan penambahan dari segi penggunaan teknologi terkini bagi memberi perkhidmatan kepada masayarakat. Sehubungan dengan itu latihan dalam bidang ini dijangka akan melahirkan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara. |
Peluang Melanjutkan Pelajaran Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi antaranya di UiTM yang menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Percetakan. Selain daripada itu Kursus Percetakan yang lebih tinggi di kolej dan universiti luar Negara juga menawarkan kepada mereka yang berminat seperti kolej universiti RMIT Melbourne Australia, London College University dan lain -lain. |