SIJIL PENDAWAIAN ELEKTRIK 3 FASA (PW4)

Syarat am kemasukan

a) Warganegara Malaysia;

b) Boleh membaca, menulis dan mengira

c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat khas program

(i) Berumur 20 tahun ke atas;

(ii) Memiliki perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW2) daripada Suruhanjaya Tenaga; dan:

(iii) Mempunyai satu (1) tahun pengalaman bekerja dengan kontraktor elektrik dalam bidang pendawaian elektrik; dan

(i) Lulus dalam temuduga yang dijalankan

Tempoh Latihan:

1 tahun.

Persijilan
Kursus Juruelektrik menawarkan Persijilan PW4 sahaja yang mana ianya diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kompetenan Pendawai Elektrik 3 Fasa (PW4) yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga(ST) melalui penilaian dan peperiksaan yang dijalankan selama 1 tahun. Pelajar juga akan di anugerahkan Sijil Juruelektrik Perindustrian yang di tauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Objektif Kursus

Objektif kursus Juruelektrik ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik/Industri Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.

Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.

Di samping itu juga,kursus Jurulektrik yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kea rah pembangunan negara.

Peluang Kerjaya

Permintaan untuk Jurulektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Jurulektrik di sektor-sektor industri tempatan. Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal khususnya pendawai elektrik.

Dalam sektor industri,skop pekerjaannya adalahjuruteknik yang meliputi kerja-kerja pendawaian,pemasangan dan penyelenggaraan elektrikal.(maintenance technician).Jurulektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri dengan kontraktor elektrik.

Selain daripada itu,peluang pekerjaan di Syarikat-syarikat Kontraktor Pendawaiaan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga(ST) sangat menggalakkan dan permintaan dalam bidang pendawai elektrik adalah tinggi memandangkan kekurangan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara.

Prasarana yang disediakan

› 3 bilik makmal

› 1 bilik makmal ujian

› 1 bilik lukisan

› 1 makmal komputer

› 3 bilik kuliah

› 1 ruang bacaan

› 1 bilik kawalan motor

› Ruang kerja pendawaian industri

› Wiring Bay (ruang kerja domestik)

› Peralatan-peralatan dan bahan-bahan latihan yang terkini

Yang mana ke semua kemudahan latihan yang disediakan mampu menampung keperluan latihan yang dikehendaki dengan lebih sempurna,teratur dan berkesan.