BAHAGIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Kursus Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)
Objektif kursus Multimedia, pelajar akan dilatih bagi menguasai kemahiran menggunakan pelbagai perisian dan peralatan bagi kawalan dan mengedit pelbagai media seperti teks, grafik, bunyi, klip video, dan animasi bagi pembangunan multimedia. Pelajar juga akan dilatih menggunakan peralatan digital seperti Kamera Video, Camcoder, Kamera Digital, DSLR dan sebagainya. Di samping itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik pencahayaan dan kawalan lampu bagi menghasilkan grafik dan serta klip video yang menarik dan berkualiti.
Pelajar kursus ini akan di ajar merekabentuk persembahan multimedia serta menghasilkan kerja-kerja grafik dan audio video serta laman web. Diantara kemahiran yang akan di dedahkan pada pelajar ialah kaedah menyunting imej, penghasilan audio dan video, asas pengaturcaraan dan skrip multimedia. Disamping itu pelajar juga akan di ajar cara-cara mengimport dan menyalin multimedia fail dari format fail yang berbeza.
Kursus ini dijalankan dengan menggunakan sukatan latihan ILJTM iaitu F05 – Teknologi Perisian Multimedia Interaktif. Sukatan latihan ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Silibus oleh JTM berpandukan kepada NOSS JPK iaitu IT-070-2 : Artis Multimedia – Pengarangan dan IT-070-3 : Perekabentuk Multimedia – Pengarangan.
Tempoh latihan ialah 1 tahun 9 bulan termasuk latihan industri selama 3 bulan.
Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik & ICT | ||||
Faezatul Azma bt Yusof | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | ||||
Ketua Bahagian Teknologi Multimedia | ||||
Siti Aishah bt Mansor | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | ||||
Dibantu oleh tenaga pengajar | ||||
Zuliyati bt Jemadar | Shamsul bin Yahya | |||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV42) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |||
Mami Ezrina bt Mohd Azizi | Mohd Nawawi bin Muhamad Tahir | |||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29) | |||
Kursus yang ditawarkan