Syarat am kemasukan a) Warganegara Malaysia; b) Boleh membaca, menulis dan mengira c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Syarat khas program (i) Berumur 17 hingga 35 tahun; (ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek: 1. Bahasa Melayu; 2. Sejarah (bagi Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja Tempoh Latihan 2 Tahun 3 Bulan. Persijilan |
Objektif Kursus Objektif kursus Jurucetak Lithographic ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin cetak. Ia menjurus kepada latihan teori / amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,teknik kawalan mutu cetak ,kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai operator mesin cetak. Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih bersedia dalam menghadapi segala masalah dalam menjalankan mesin cetak ketika berada di alam kerja sebenar. Kursus Jurucetak Lithographic yang dijalankan ini adalah bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara. |
Peluang Kerjaya Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan industri - industri masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang Jurucetak Lithographic. Jurucetak Lithographic yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau pembantu pengurus percetakan bagi syarikat percetakan. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini mampu memulakan perniagaan sendiri. Memandangkan Malaysia sekarang lebih kepada perkembangan Teknologi Maklumat bidang Percetakan juga dilihat memberi satu impak yang jelas terutama dengan berkembangnya sektor media. Industri percetakan juga memberi perhatian kepada meninggikan dan penambahan dari segi penggunaan teknologi terkini bagi memberi perkhidmatan kepada masayarakat. Sehubungan dengan itu latihan dalam bidang ini dijangka akan melahirkan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara. |
Peluang Melanjutkan Pelajaran Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada di ILP A.Pillai Nibong Tebal yang menawarkan Diploma Teknologi Percetakan atau di UiTM yang menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Percetakan dan Diploma Percetakan. Selain daripada itu Kursus Percetakan yang lebih tinggi di kolej dan universiti luar Negara juga menawarkan kepada mereka yang berminat seperti kolej universiti RMIT Melbourne Australia, London College University dan lain -lain.
|