SIJIL TEKNOLOGI MULTIMEDIA INTERAKTIF

Syarat am kemasukan

a) Warganegara Malaysia;

b) Boleh membaca, menulis dan mengira

c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. 

Syarat khas program

(i) Berumur 17 hingga 30 tahun;

(ii) SPM atau setaraf dengannya, lulus Sejarah, Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal (bidang berkaitan) dan Bahasa Melayu.

Tempoh Latihan

2Tahun 3 Bulan.

Persijilan
Akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) mengikut tahap.

 

Objektif kursus:


Objektif kursus pelajar dilatih bagi menguasai kemahiran dalam pembangunan aplikasi multimedia interaktif, merangkumi integrasi teks, grafik, audio, animasi, video, realiti maya, dan realiti tambahan. Pelajar akan mempelajari teknik pembangunan aplikasi digital yang interaktif untuk pelbagai platform seperti aplikasi mudah alih, laman web, sistem berasaskan realiti maya dan realiti tambahan, serta e-Pembelajaran. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada penggunaan peralatan digital seperti kamera video dan kamera DSLR bagi menghasilkan kandungan multimedia yang berkualiti. Pelajar juga akan mempelajari teknik penggambaran, penyuntingan video, serta penyuntingan imej untuk digunakan dalam pembangunan aplikasi. Kursus ini turut menekankan aspek kreativiti, penyelesaian masalah, serta pemahaman terhadap keperluan industri bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan memenuhi standard teknologi semasa dan keperluan pengguna.

 

 

Peluang Kerjaya:

Graduan kursus ini berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam industri multimedia seperti reka bentuk interaktif, pembangunan aplikasi, produksi video, realiti maya, dan e-Pembelajaran. Peluang pekerjaan merangkumi industri pengiklanan, produksi televisyen, pembangunan perisian, serta sektor pendidikan digital dan teknologi interaktif.

 

Keterangan Kursus

Pelajar akan dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan perkakasan dan perisian multimedia seperti berikut:

Menyunting imej.

Menulis kandungan untuk audio dan video.

Menghasilkan dan menyunting audio.

Merakam, menyunting, dan menghasilkan video.

Menulis kandungan kreatif.

Membangunkan reka bentuk grafik.

Menghasilkan animasi 2D dan 3D.

Mereka bentuk dan membangunkan laman web interaktif.

Membangunkan aplikasi mudah alih.

Menghasilkan kandungan realiti tambahan dan realiti maya.