SIJIL TEKNOLOGI PERCETAKAN DIGITAL

Syarat am kemasukan

a) Warganegara Malaysia;

b) Boleh membaca, menulis dan mengira

c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat khas program

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:

1. Bahasa Melayu;

2. Sejarah (bagi Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja

Tempoh Latihan

2 Tahun 3 Bulan.

Persijilan
Kursus Percetakan Digital menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2 & 3) yang mana ianya diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui penilaian dan peperiksaan yang dijalankan.

Objektif Kursus

Kursus ini menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam mengendalikan pelbagai mesin percetakan digital yang terkini dan pelbagai jenis seperti flatbed printerpress printerroller printer dan lain-lain lagi. Pelajar berpeluang untuk mencuba menggunakan kesemua mesin pencetak digital tersebut dengan membuat cetakan  ke atas material cetak yang bersesuaian seperti kertas, kain plastik, kaca dan sebagainya (mengikut kesesuaian mesin pencetak digital).

Pelajar terlebih dahulu akan diajar cara-cara untuk membuat Image Editing menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator terhadap imej dan tulisan yang ingin dicetak. Pelajar juga akan  mempelajari langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan mesin pencetak digital, membina rangkaian 'server' untuk sebuah kumpulan mesin percetakan digital dan workstation dan mempelajari penggunaan pelbagai jenis RIP System yang bersesuaian dengan setiap mesin percetakan untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan percetakan. Pelajar juga akan diajar untuk memeriksa kualiti mutu hasil cetak mengikut standard yang dikehendaki, teknik-teknik dalam menghasilkan warna cetakan lebih tepat dan optimun (Color Managemnet) serta kaedah penyelenggaraan mesin dengan betul.

Peluang Kerjaya

Peluang -peluang pekerjaan juga lebih luas kerana bukan hanya tertumpu kepada pengendalian mesin pencetak digital sahaja malah Juruteknik Percetakan Digital mampu mengendalikan sebarang aplikasi atau perisian bagi mesin pencetak yang boleh diakses melalui capaian internet (cth Printer Mobile Apps). Oleh yang demikian peluang pekerjaan dalam bidang ini lebih meluas seperti Digital Media Technician, Digital Printer Maintenance Technician, Printing Service Technician, Operator/Penyelia Mesin Cetak Digital, Mobile Application Assistance Developer dan Assistance Web Designer.

 

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi antaranya di UiTM yang menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Percetakan. Selain daripada itu Kursus Percetakan yang lebih tinggi di kolej dan universiti luar Negara juga menawarkan kepada mereka yang berminat seperti kolej universiti RMIT Melbourne Australia, London College University dan lain -lain.