Bahagian Teknologi Percetakan
Sijil Teknologi Percetakan (Cetak)
Kursus ini mengandungi teori dan praktikal dalam bidang Percetakan Offset. Percetakan Offset melatih pelajar bagi menghasilkan produk-produk yang meluas di pasaran seperti buku, majalah, poster dan kotak produk yang mana bahan asasnya adalah daripada kertas dan dakwat.
Pada dasarnya para pelajar akan didedahkan dengan Prosedur Keselematan, Operasi mesin dan penyelenggaraan mesin cetak Offset. Para pelajar akan dilatih dengan kemahiran terkini mengendalikan mesin cetak Offset 1, 2 dan 4 warna.
Selain itu, pelajar-pelajar akan mencapai kompentesi dalam bahagian penyudah iaitu proses terakhir dalam penghasilan produk bercetak. Dalam bidang percetakan Offset kualiti produk merupakan faktor penting justeru itu pelajar akan dilatih dengan teori dan praktikal berkenaan Kualiti Kawalan Warna.
Peningkatan permintaan sebagai Operator, Penyelia dan Pengurus Percetakan bagi industri percetakan di Malaysia mengalakkan lagi peluang pekerjaan. Peluang memulakan perniagaan sendiri bagi yang kompeten sentiasa terbuka luas atas keperluan permintaan yang tinggi terhadap produk-produk cetakan.
Objektif kursus Jurucetak Lithographic ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin cetak. Ia menjurus kepada latihan teori/amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, teknik kawalan mutu cetak, kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai operator mesin cetak.
Diploma Teknologi Percetakan
Sebagai pemegang Diploma dalam bidang percetakan penyeliaan dan pengurusan memainkan peranan yang penting. Atas faktor ini setiap pelajar akan didedahkan dan dilatih berkenaan kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai seorang penyelia dn pengurus di industri percetakan.
Pelajar berkemahiran dalam menyelia dan mengurus Proses Kawalan Pengeluaran Cetakan bermula dari proses menghasilkan rekabentuk hingga proses cetakan. Selain itu, pelajar yang kompeten untuk mengurus bahan cetakan serta kawalan kos perbelanjaan seperti kertas, dakwat dan bahan kimia.
Pengurusan risiko-risiko dalam percetakan dan pengurusan penyelenggaraan mesin juga menjadi salah satu kriteria wajib dalam silibus pembelajaran.
Kursus Diploma Percetakan merupakan kursus ditawarkan pertama akli oleh Jabatan Tenaga Manusia berdasarkan permintaan yang tinggi bagi pasaran industri percetakan di Malaysia. Kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini membuka peluang pekerjaan yang luas kepada para graduan Diploma Percetakan.
Objektif kursus Diploma Percetakan ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan pengurusan percetakan. Ia menjurus kepada latihan teori/amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, teknik kawalan mutu cetak, kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai pengurus percetakan.
Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran | ||||
Mohd Hafiz bin Abu Bakar | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | ||||
Ketua Bahagian Teknologi Cetak | ||||
Mohd Firdaus bin Asrani | ||||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV42) | ||||
Dibantu oleh tenaga pengajar | ||||
Mohd Sofian bin Salleh | Mohd Hamadi bin Othman | |||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV38) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | ||
Muhammad Muizz bin Antong | Ts. Nantha Kumara a/l Periasamy | Abdul Halim bin A. Rahim | ||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | ||
Tc. Hashim bin Sulaiman | ||||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29) | ||||
Kursus yang ditawarkan