SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Syarat am kemasukan

a) Warganegara Malaysia;

b) Boleh membaca, menulis dan mengira

c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. 

Syarat khas program

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

Tempoh Latihan (Multi tier)

Tahap 2 : 1 Tahun (Latihan) 3 bulan (Industri)

Tempoh Latihan (single tier)

Tahap 3 : 2 tahun (Latihan) 3 bulan (Industri)

Persijilan

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 / Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);

2. Sijil Juruteknik Perindustrian / Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Objektif Kursus

Pelajar akan belajar  menyelenggara dan membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara,memasang komponen kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan.

Peluang Kerjaya

Pertambahan bilangan kenderaan membolehkan lulusan ILJTM dalam bidang Teknologi Automotif mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan menarik di pusat servis kenderaan, kilang pemasangan kereta atau menjalankan perniagaan servis kenderaan sendiri.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan di institusi–institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.