Bahagian Teknologi Percetakan Digital
Kursus ini menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam mengendalikan pelbagai mesin percetakan digital yang terkini dan pelbagai jenis seperti flatbed printer, press printer, roller printer dan lain-lain lagi. Pelajar berpeluang untuk mencuba menggunakan kesemua mesin pencetak digital tersebut dengan membuat cetakan ke atas material cetak yang bersesuaian seperti kertas, kain plastik, kaca dan sebagainya (mengikut kesesuaian mesin pencetak digital).
Pelajar terlebih dahulu akan diajar cara-cara untuk membuat Image Editing menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator terhadap imej dan tulisan yang ingin dicetak. Pelajar juga akan mempelajari langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan mesin pencetak digital, membina rangkaian 'server' untuk sebuah kumpulan mesin percetakan digital dan workstation dan mempelajari penggunaan pelbagai jenis RIP System yang bersesuaian dengan setiap mesin percetakan untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan percetakan. Pelajar juga akan diajar untuk memeriksa kualiti mutu hasil cetak mengikut standard yang dikehendaki, teknik-teknik dalam menghasilkan warna cetakan lebih tepat dan optimun (Color Managemnet) serta kaedah penyelenggaraan mesin dengan betul.
Peluang -peluang pekerjaan juga lebih luas kerana bukan hanya tertumpu kepada pengendalian mesin pencetak digital sahaja malah Juruteknik Percetakan Digital mampu mengendalikan sebarang aplikasi atau perisian bagi mesin pencetak yang boleh diakses melalui capaian internet (cth Printer Mobile Apps). Oleh yang demikian peluang pekerjaan dalam bidang ini lebih meluas seperti Digital Media Technician, Digital Printer Maintenance Technician, Printing Service Technician, Operator/Penyelia Mesin Cetak Digital, Mobile Application Assistance Developer dan Assistance Web Designer.
Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran | ||||
Mohd Hafiz bin Abu Bakar | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | ||||
Ketua Bahagian Teknologi Percetakan Digital | ||||
Ts. Alwary Suhaimy bin Johari | ||||
Pegawai Latihan Vokasional (DV44) | ||||
Dibantu oleh tenaga pengajar | ||||
Jasni bin Mohd Shariff | Mohd Adam bin Jab | |||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | |||
Zuriyani bt Sanusi | Harith Zubairi bin Abdul Rahim | |||
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV36) | Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29) | |||
Kursus yang ditawarkan