Syarat am kemasukan a) Warganegara Malaysia; Syarat khas program 2. Sejarah (bagi Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja Persijilan |
Objektif Kursus Objektif kursus Pereka Grafik ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam rekacipta imej dan penyusunan perkataan / gambar sesuatu bahan untuk di cetak sebelum proses pemindahan imej ke filem . Ia menjurus kepada latihan teori / amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,penggunaan komputer serta perisian ( software ) graphic , teknik rekacipta , teknik pengimbasan dan kaedah penyelenggaraan komputer serta kelengkapan lain. Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih bersedia dalam menghadapi segala masalah dalam menyediakan rekaan bahan bercetak yang berkualiti ketika berada di alam kerja sebenar. Kursus Pereka Grafik yang dijalankan di sini adalah bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara. |
Peluang Kerjaya Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan industri - industri masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang rekaan graphic untuk Percetakan.
Pereka Grafik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau Pembantu Pengurus Percetakan bagi syarikat percetakan. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini mampu memulakan perniagaan sendiri. Memandangkan Malaysia sekarang lebih kepada perkembangan Teknologi Maklumat bidang Percetakan juga dilihat memberi satu impak yang jelas terutama dengan berkembangnya sektor media. Industri percetakan juga memberi perhatian kepada meninggikan dan penambahan dari segi penggunaan teknologi terkini bagi memberi perkhidmatan kepada masayarakat. Sehubungan dengan itu latihan dalam bidang ini dijangka akan melahirkan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan industri negara. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi Pereka Grafik, Pereka Korporat, Pereka Dalaman, Perunding Rekaan, Pereka Pembungkusan, Artis Imej Digital dan Pereka Acara. |
Prasarana yang disediakan Kemudahan latihan bengkel pereka Grafik dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut: 2 blok bengkel bagi kelengkapan grafik, 2 bilik pengajar, 2 bilik perbincangan 1 bilik cetakan dan scanner, 2 bilik kawalan mutu, 1 bilik bacaan dan 2 Ruang Loker di setiap blok bengkel serta Kelengkapan komputer dan perisian yang terkini. Yang mana ke semua kemudahan latihan yang disediakan mampu menampung keperluan latihan yang dikehendaki dengan lebih sempurna,teratur dan berkesan. Peluang Melanjutkan Pelajaran Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di UiTM yang menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Percetakan dan Diploma Percetakan dan bidang pereka grafik. Selain daripada itu Kursus Percetakan / Pereka Grafik yang lebih tinggi di kolej dan universiti luar negara juga menawarkan kepada mereka yang berminat. |