18 Disember 2024 (Rabu) : Perhimpunan bertempat di Auditorium ILP AP Nibong Tebal yang dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, barisan pengurusan BPPL, kakitangan, barisan MPP ILP AP Nibong Tebal Sesi 2024 dan para pelajar ILP AP Nibong Tebal.
Penganjur untuk perhimpunan kali terakhir sesi 2/2024 ini adalah Bengkel Teknologi Rekabentuk Grafik & Teknologi Percetakan Digital. Dalam perhimpunan ini telah berlangsung sesi penyampaian sijil dan hadiah Anugerah Pelajar Terbaik, Anugerah Pertandingan Video Pendek ILP APNT, Fasilitator Group Tahsin Al - Quran, Pertandingan Bola Tampar & Futsal Sesi 2/2024, Sukarelawan MPP Tahun 2024 dan Sukarelawan Pempamer dan Jurukamera Bengkel Teknologi Multimedia Interaktif.
Pengarah ILP AP Nibong Tebal, Ts. Adnan Bin Ismail juga turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada barisan MPP ILP AP Nibong Tebal Sesi 2024 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah membantu pihak institut sepanjang tahun.
Perkongsian maklumat turut diberikan oleh Pn. Zarina Marian Binti Ridzwan dan Pn. Nur Diana Binti Abu Hassan sebagai persediaan kepada pelajar menghadapi Peperiksaan Akhir ILJTM yang akan bermula pada minggu hadapan.
Di penghujung perhimpunan ianya diakhiri dengan Sesi Dialog Pelajar bersama Pengarah dan BPPL ILP APNT bagi menerangkan isu - isu dan suara pelajar mengenai komen yang diberikan dalam SPePL bagi sesi 2/2024.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”