10 Disember 2024 (Selasa) : Sesi temuduga khas untuk para pelajar Diploma Teknologi Percetakan ILP APNT telah diadakan di KJM Aluminium Can Sdn Bhd, Nilai Negeri Sembilan.
Antara syarikat yang terlibat Box-Pak (M) Berhad, Kian Joo Can Factory Berhad dan KJM Aluminum Can Sdn Bhd sempat menemuduga semua pelajar yang terlibat.
Semua pelajar Diploma Teknologi Percetakan ILP APNT akan memulakan sesi latihan industri selama 6 bulan bersama syarikat-syarikat di bawah Kian Joo Group bermula 15 Januari 2025 nanti.
Semoga kolaborasi dan kerjasama erat antara institut ini dengan Kian Joo Group diteruskan lagi dan meneroka skop dan bidang yang lain pula.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖𝒌𝙖𝒏 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”