
Program Skuad Ihsan Madani: Wira KESUMA Laksanakan Misi Bantuan & Pembersihan Pasca Banjir
ย di ADTEC JTM Kangar
Kangar, Perlis, 4 Disember 2025 โ Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Skuad Ihsan Madani: Wira KESUMA telah melaksanakan misi bantuan, pembersihan, dan pembaikan pasca banjir di ADTEC JTM Kampus Kangar pada 4 Disember 2025. Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, turut turun padang menyertai operasi dan meninjau kerosakan.
Selaras dengan teras Ihsan dan Kesejahteraan dalam Malaysia MADANI, program ini memberi tumpuan kepada pemulihan segera fasiliti pendidikan yang terjejas akibat banjir. Seramai 200 sukarelawan, terdiri daripada kakitangan dan pelajar ADTEC Jitra, Kepala Batas, Perai, serta JMTI bersama pasukan JKKP, JTK, dan PERKESO, menyertai misi ini.
Program turut menerima sokongan rakan strategik yang menyediakan peralatan untuk kerja pembersihan menyeluruh, merangkumi bangunan pentadbiran, bengkel, dan asrama pelajar. Bantuan makanan diagihkan kepada mangsa banjir melalui Kelab Kebajikan KESUMA, JHEKS (270 bakul makanan), PERKESO (50 bakul), dan NIOSH (70 bakul).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen KESUMA dalam memperkukuh solidariti, mempercepat pemulihan komuniti, serta memastikan kemudahan latihan kemahiran kembali beroperasi demi pembangunan tenaga kerja negara. Semangat sukarelawan yang ditonjolkan mencerminkan nilai MADANIโkepedulian, kebersamaan, dan tanggungjawab. Seramai 11 warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal turut serta membantu Kampus Perlis yang diuji banjir besar baru-baru ini.









