
Kempen ini memberi tumpuan kepada pengumpulan kertas terpakai sebagai langkah permulaan ke arah pengurusan sisa yang lebih sistematik dan mampan. Inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan mengurangkan penebangan pokok, malah meningkatkan kesedaran komuniti kampus terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
Hasil daripada program yang dijalankan, sebanyak 848 kilogram kertas terpakai berjaya dikumpulkan sebelum diserahkan kepada agen kitar semula yang hadir ke institut. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat Ahli Jawatankuasa ESG bagi Projek Kitar Semula bersama seluruh warga kampus yang komited menjayakan program berkenaan.
Pihak institut memaklumkan bahawa kempen ini merupakan permulaan kepada pelaksanaan inisiatif kitar semula yang lebih menyeluruh pada masa hadapan. Pada tahun hadapan, pengumpulan sisa akan diperluaskan meliputi bahan lain seperti plastik dan logam bagi mengurangkan jumlah sisa harian serta membudayakan amalan kitar semula secara berterusan di kampus.
Usaha ini selaras dengan komitmen institut dalam menyokong kelestarian alam sekitar, selari dengan slogan kempen, โKecil usaha kita, besar impaknya pada bumi.โ









