Program Perantis TVET Madani

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐’ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ˆ๐‹๐ ๐€๐๐๐“

๐’๐Œ๐Š ๐’๐€๐”๐‰๐€๐๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡ (๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹)

14 Disember 2025ย  : Unit CESS ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan pelaksanaan sesi pertama Latihan Kemahiran Teknologi Media Kreatif (Percetakan Digital) di bawah Program Perantis TVET MADANI yang berlangsung dengan penyertaan pelajar sekolah menengah.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menerusi Program Pemerkasaan dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tahun 2025. Keseluruhan kos pelaksanaan program ditanggung sepenuhnya oleh agensi terlibat.

Melalui kolaborasi strategik bersama SMK Saujana Indah, seramai 20 orang pelajar telah terlibat secara aktif dalam latihan berkonsepkan hands-on yang memberi pendedahan menyeluruh bermula daripada peringkat asas reka bentuk digital sehingga penghasilan produk fizikal sebenar.

Pada minggu pertama, para peserta mengikuti sesi pembelajaran di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik dengan pendedahan kepada penggunaan perisian Canva. Mereka dibimbing dalam aspek pengenalan aplikasi, teknik suntingan imej secara profesional serta pembangunan reka bentuk kreatif bagi penghasilan produk seperti mug, beg tote dan bunting.

Pembelajaran diteruskan pada minggu kedua di Ruang Kerja Amali, Bahagian Teknologi Percetakan Digital yang memfokuskan kepada proses produksi. Peserta telah mempelajari asas percetakan digital serta menghasilkan barangan cenderahati menggunakan reka bentuk yang dibangunkan sendiri. Hasilnya, setiap peserta berjaya mencetak mug, beg tote dan bunting masing-masing.

Kejayaan pelaksanaan program ini adalah hasil komitmen barisan tenaga pengajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal yang menyediakan bimbingan kepakaran, di samping kerjasama erat pihak SMK Saujana Indah dalam memastikan penglibatan pelajar yang berterusan.

Program ini bukan sahaja memberi nilai tambah dari segi kemahiran teknikal, malah membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali potensi kerjaya dalam bidang kreatif dan pembuatan selaras dengan keperluan industri semasa.

Sesi latihan ini akan berehat sementara dan dijadualkan bersambung semula bagi Sesi Kedua pada Januari 2026. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pelajar untuk muncul sebagai pelapis tenaga mahir negara pada masa hadapan.

ย 
โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€