Perhimpunan Bulanan Pelajar (November) 2025

Aktiviti Pelajar
๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

26 November 2025 โ€“ Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bagi bulan November 2025 telah berlangsung di Auditorium institut, menandakan perhimpunan terakhir bagi sesi latihan 2/2025. Program ini dianjurkan oleh kakitangan dan pelajar Bengkel Teknologi Rekabentuk Grafik serta Bengkel Teknologi Percetakan Digital.

Pengisian perhimpunan termasuk persembahan kreatif daripada kedua-dua bengkel, serta perkongsian maklumat oleh Pn. Nor Samida Binti Yaacob, Penolong Pengarah BKKL, mengenai persediaan peperiksaan akhir yang akan bermula pada 8 Disember 2025. Pengarah ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, Ts. Adnan bin Ismail, turut menyampaikan amanat mengenai kerjasama pelajar dalam aktiviti institut serta peringatan untuk menjaga disiplin diri sepanjang berada di institut.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada barisan MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2025, para fasilitator dan sukarelawan, serta pelajar terbaik bagi setiap semester dan kursus.

Di penghujung perhimpunan, sesi Dialog Bersama Pengarah diadakan bagi membolehkan pihak institut memberi maklumbalas secara terbuka terhadap komen pelajar yang disuarakan melalui sistem SPePL Sesi 2/2025, sekaligus memastikan para pelajar memahami usaha institut dalam menyediakan sistem pembelajaran berkualiti dan fasiliti selesa sepanjang pengajian.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€