
29 November 2025 โ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan sukacitanya menyambut kehadiran 20 orang pelajar dari SMK Saujana Indah bagi menyertai Program Perantis TVET Madani Latihan Kemahiran Teknologi Media Kreatif - Percetakan Digital.
Program ini berlangsung selama 4 hari pada 29โ30 November dan 13โ14 Disember 2025, ditaja sepenuhnya oleh ICU Pulau Pinang. Inisiatif ini selaras dengan usaha Unit CESS dalam menyediakan latihan reskilling dan upskilling yang relevan dengan kehendak pasaran.
Sepanjang program, para pelajar didedahkan dengan Asas Reka Bentuk Grafik profesional dan Teknologi Percetakan Digital, termasuk penghasilan produk seperti tote bag, mug, bunting, dan lain-lain. Selain memperkukuh kemahiran teknikal, program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan melalui keusahawanan.
Diharapkan kemahiran yang diperoleh dapat menjadi nilai tambah signifikan dan menyuntik semangat para pelajar untuk menyahut aspirasi TVET Madani.









