
27 November 2025 โ Bahagian Teknologi Automotif ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menerima inisiatif CSR melalui servis kenderaan van jenazah bagi memastikan kenderaan tersebut sentiasa selamat dan sedia digunakan oleh komuniti.
Van jenazah berkenaan merupakan sumbangan penuh daripada Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, sebagai tanda tanggungjawab sosial dan keprihatinan beliau terhadap masyarakat.
Kerja-kerja servis dijalankan oleh tenaga pengajar dan pelajar di bengkel ADTEC, termasuk pemeriksaan enjin, brek, tayar, serta aspek keselamatan lain. Masjid Al-Taqwa merakamkan penghargaan kepada penyumbang dan semua pihak yang terlibat.
Usaha ini diharap dapat memastikan van jenazah terus memberi khidmat yang efisien dan selamat, serta menjadi amal jariah berterusan untuk masyarakat.









