Mesyuarat Kolaborasi bersama Industri

Kerjasama Industri
๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐ˆ๐€๐ ๐‰๐Ž๐Ž ๐‚๐€๐ ๐…๐€๐‚๐“๐Ž๐‘๐˜ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ (๐‡๐‘๐ƒ ๐‚๐Ž๐‘๐)

26 November 2025 โ€“ Unit Corporate & Employment Support Service (CESS) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal terus komited memperluaskan jaringan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memindahkan teknologi terkini.

Satu mesyuarat kolaborasi strategik telah diadakan semalam di KJM Aluminium Can Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor, yang turut melibatkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Perbincangan utama memfokuskan pelaksanaan Program TVET Boost dan inisiatif Teaching Factory di bawah HRD Corp. Industri bersetuju untuk menyumbang mesin, peralatan latihan, dan teknologi terkini kepada ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Dengan sumbangan ini, pelajar dan tenaga pengajar dapat menghasilkan produk sebenar yang memenuhi spesifikasi dan keperluan Kian Joo Group. Inisiatif ini turut merapatkan jurang antara latihan dan keperluan industri, serta memberi pendedahan hands-on bertaraf industri sebelum pelajar menempuh alam pekerjaan.

Pihak institut merakamkan penghargaan kepada Kian Joo Group dan HRD Corp atas kerjasama yang diberikan. Usaha ini diharap memberi impak positif terhadap pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negara ini.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€