12 Jun 2024 (Rabu) : Satuย Program Seminar Malaysia Madani telah diadakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri di Auditorium ILP APNT. Seramai 191 orang pelajar ILP AP Nibong Tebal dan 13 orang pelajar dari Kolej Komuniti Nibong Tebal telah menghadiri program berkenaan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kenegaraan peserta di samping menyediakan ruang dialog di antara peserta tentang isu dan cabaran dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu juga ianya bertujuan meningkatkan keharmonian negara berdasarkan enam teras Malaysia Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Semoga dengan Program Seminar Malaysia Madani anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta terutamanya pelajar ILP AP Nibong Tebal.
ย