08 Jun 2024 : Satu program gotong royong di Kompleks Islam Darul Faizin, Serdang Kedah telah disertai oleh Sukarelawan Wira Kesuma yang terdiri daripada 55 orang pelajar dan 3 orang kakitangan ILP APNT.
Tujuan utama Program ‘CSR’ Wira Kesuma ILP APNT ini diadakan pada kali ini adalah untuk membersihkan kawasan sekitar Kompleks Islam Darul Faizin dan pemasangan kelengkapan elektrik di bangunan yang baru dibina.
Sebagai makluman, Wira Kesuma merupakan satu badan sukarelawan yang terbuka untuk semua pelatih TVET terutamanya di Kementerian Sumber Manusia(KSM). Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada anak muda kita kepada aktiviti-aktiviti yang membina jatidiri, menyumbang kepada masyarakat, dan sekaligus mendidik, melatih para pelatih TVET secara holistik.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan Program ‘CSR’ Wira Kesuma ILP APNT ini. Semoga program ini mampu mewujudkan jalinan kemesraan antara pihak institut dan komuniti setempat.