07 - 08 Jun 2024 : Satuย Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Salatan. Seramai 34 orang peserta dari Kursus Teknologi Rekabentuk Grafik dan Teknologi Multimedia Interaktif Semester 2 terlibat dalam program ini serta turut dibantu oleh Kaunselor Pelatih dan kakitangan Pejabat Kesihatan dalam menjayakan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta dalam menjaga maruah diri dan akhlak dari terlibat dalam pergaulan bebas yang mampu mendorong ke arah tingkahlaku yang tidak sihat dan tidak beretika.
Semoga dengan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta khususnya pelajar ILP APNT.
ย