๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐ย ๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐ย ๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐ย ๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐๐ย ๐๐๐๐๐๐๐๐
13 Jun 2024 (Khamis)ย : Satuย Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Kor Ordinans Diraja Dengan Jabatan Tenaga Manusia Sempena 36 Tahun Kerjasama Dalam Bidang Teknologi Percetakan Dan Sambutan 60 Tahun CPP 91 DPOD Berbakti Kepada ATM Dan Kementah telah diadakan di Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur.
Kerjasama antara Kor Ordinans Diraja dengan Jabatan Tenaga Manusia ini telah dimuktamad dan dirasmikan dengan penurunan tandatangan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Tuan Shakib bin Ahmad Shakir dan Pengarah Ordinans Merangkap Pengerusi Kor Ordinans Diraja, Brig Jen Dato' Haji Suhaimi bin Mat Isa.
Jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak ini telah terjalin sejak tahun 1988 melalui Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Sehingga tahun 2023, seramai 64 anggota tentera telah mengikuti kursus-kursus secara sepenuh masa mahupun separuh masa di ILP KL dan ILP APNT dalam bidang Teknologi Percetakan dalam bidang Litografi Ofset, Rekabentuk Grafik dan Pra-Cetak sehingga dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.
Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat dimanfaatkan sebaiknya antara kedua-dua pihak dan diteruskan lagi agar bidang Teknologi Percetakan diangkat tinggi martabatnya seta warga kerja kedua-dua pihak ini sentiasa kekal relevan, bergerak seiring dalam kepesatan industri percetakan pada masa kini.
ย