
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ - ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
(๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐)
ย
25 Oktober 2025 : Seramai 25 pelajar dari SMK Sungai Acheh telah hadir ke institut bagi mengikuti hari pertama kursus intensif selama empat hari yang dijadualkan pada 25โ26 Oktober 2025 dan 1โ2 November 2025. Program ini ditaja sepenuhnya oleh ICU Pulau Pinang sebagai inisiatif memperkasakan golongan belia melalui latihan kemahiran.
Sepanjang kursus ini, peserta akan didedahkan dengan asas reka bentuk grafik serta teknik penghasilan produk cenderahati berasaskan teknologi percetakan digital. Antara produk yang akan dipelajari termasuklah banner, cawan, beg dan pelbagai barangan kreatif lain.
Penganjuran kursus ini diharapkan mampu memberi nilai tambah kepada para pelajar, membuka peluang keusahawanan, serta membantu mereka menjana pendapatan sampingan melalui kemahiran kreatif yang dipelajari.
Dengan pendedahan awal kepada dunia reka bentuk dan percetakan digital, program ini turut menjadi langkah penting dalam melahirkan generasi muda yang kreatif, berkemahiran dan seiring aspirasi TVET Madani demi kemajuan diri, komuniti dan negara.
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ









