Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman

MOU

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐๐€๐๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐Œ๐„๐Œ๐Ž๐‘๐€๐๐ƒ๐”๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐„๐…๐€๐‡๐€๐Œ๐€๐ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐Œ๐€๐†๐€๐“๐€ (๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ.

27 Oktober 2025 (Isnin) : ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal mencatat satu lagi detik bersejarah apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan industri, Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd.

Majlis pemeteraian yang berlangsung di Kilang Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd., Nilai telah disempurnakan oleh Ts. Adnan bin Ismail, Pengarah ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dan Mr. Kojima Tsuyoshi, Senior Managing Director Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd.

Turut hadir sebagai saksi ialah Ts. Abd Halim bin Ali Mohammed, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, serta Encik Jayaraju Narayanasamy, Pengarah Operasi Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd., yang menyerikan lagi majlis berkenaan.

MoU ini merangkumi skop kerjasama dalam pembangunan sumber manusia dan bimbingan khidmat teknikal dalam bidang Teknologi Percetakan untuk kakitangan Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd. Selain itu, ia turut melibatkan pelaksanaan latihan teknikal di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Kerjasama strategik ini dijangka memberi impak positif kepada kedua-dua pihak dalam memperkukuh kompetensi tenaga kerja industri percetakan, sekali gus menyokong agenda pembangunan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi TVET Malaysia.

Semoga jalinan ini menjadi platform kukuh bagi pelaksanaan latihan, pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran berterusan demi kemajuan sektor industri negara.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€