Perhimpunan Bulanan Pelajar (Oktober) 2025

Aktiviti Pelajar

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

29 Oktober 2025 (Rabu) โ€“ Perhimpunan Pelajar bersama Timbalan Pengarah Latihan, En. Mustafa bin Ibrahim, telah diadakan di Auditorium ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Program ini bertujuan meraikan kecemerlangan para pelajar dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam dan luar kampus serta menyampaikan maklumat penting berkaitan hal ehwal institut.

Sebagai agenda utama, En. Mustafa bin Ibrahim menyampaikan amanat kepada pelajar, mengingatkan tentang kepentingan adab, disiplin dan pematuhan peraturan, demi melahirkan graduan TVET yang berintegriti dan berdaya saing.

Majlis turut menampilkan beberapa slot perkongsian ilmu oleh tenaga pakar kampus. Ketua Bahagian Teknologi Elektrik, Ts. Alwary Suhaimy bin Johari, memberikan penerangan mengenai kaedah CPR dan penggunaan AED, sebagai ilmu asas penting sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan.

Sementara itu, Penolong Pengarah CESS, Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah, berkongsi panduan tentang peranan warga ADTEC dalam memahami dan menyantuni rakan OKU, bagi membentuk persekitaran kampus yang inklusif.

Perhimpunan turut diserikan dengan sesi perkongsian oleh Kaunselor Institut, Cik Nurul Inani binti Md Isa, yang menjelaskan fungsi kaunselor dalam membantu pelajar menangani isu peribadi, akademik, dan kesejahteraan diri.

Selesai penyampaian perkongsian ilmu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan aktiviti kepada para pelajar bagi aktiviti yang telah dijalankan sebelumnya. Program ini diharap dapat menyuntik semangat pelajar untukย mengekalkan kecemerlangan, membina sahsiah terpuji, dan meneroka potensi diri dalam pelbagai bidang.

Pihak institut merakamkan penghargaan kepada pelajar dan kakitangan Bengkel Teknologi Elektrik serta Bengkel Teknologi Multimedia Interaktif atas kejayaan menganjurkan perhimpunan bagi bulan Oktober ini.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€