
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
31 Oktober 2025 โ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin bertempat di Surau Al-Munawwir. Program dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Saleh, diikuti dengan sesi Kuliah Tujuh Minit (Kultum) yang disampaikan oleh Encik Aizuddin bin Abdul Hamid.
Selesai majlis, para peserta menikmati jamuan secara pot luck di Dewan Makan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal yang dipenuhi pelbagai juadah, menambah kemeriahan suasana dan semangat kebersamaan.
Majlis Bacaan Yassin ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan sebulan sekali bagi memberi pengisian rohani serta mengeratkan lagi jalinan ukhuwah di kalangan warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Program sebegini diharap terus menjadi amalan berterusan dalam memupuk nilai kebersamaan, keharmonian dan keinsafan diri.









