
23 Oktober 2025 (Khamis) โ Bakat pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang reka bentuk grafik semakin mendapat perhatian apabila Izzun Nahdiyah binti Harun Zain, pelajar Teknologi Rekabentuk Grafik dari ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal, melakar pencapaian membanggakan di Pertandingan Abilympics Peringkat Kebangsaan 2025 bagi kategori Poster Design.
Bersama dua jurulatihnya, Pn. Norhayati binti Shamsudin dan Pn. Haniza binti Kamaldin, Izzun Nahdiyah beraksi di pertandingan yang berlangsung di CIAST, Shah Alam, yang menghimpunkan 8 peserta terbaik dari seluruh Malaysia. Penyertaan merangkumi pereka grafik profesional, pelajar Politeknik, serta pelajar dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
Abilympics, yang digelar โOlimpik Kemahiranโ untuk golongan OKU, menjadi platform penting bagi menonjolkan kebolehan dan kreativiti peserta tanpa mengira kekangan fizikal atau intelektual.
Kejayaan di peringkat kebangsaan ini membuka peluang besar buat Izzun Nahdiyah. Jika dinobatkan sebagai pemenang, beliau bakal mewakili Malaysia ke International Abilympics 2027 yang akan berlangsung di Helsinki, Finland.
Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat dan keyakinan pelajar OKU untuk terus berkarya serta bersaing di pentas antarabangsa.









