Program Latihan PLK

Program PLK

15 Oktober 2025 : Bahagian Teknologi Percetakan Digital ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah menganjurkan Kursus Canva di bawah Program Latihan Kemahiran (PLK) 2025 bagi meningkatkan kecekapan dan kreativiti pengajar dalam penggunaan aplikasi reka bentuk digital untuk tujuan pengajaran dan percetakan digital.

Kursus selama tiga hari, yang berlangsung dari 15 hingga 17 Oktober 2025, diadakan di kampus dan disertai oleh para pengajar dari pelbagai bahagian. Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan kepada teknik serta fungsi lanjutan dalam platform Canva, termasuk penghasilan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif dan berimpak visual tinggi.

Objektif kursus ini berjaya dicapai apabila para peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu, tetapi turut berpeluang mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama pelajar.

Pihak institut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Inisiatif seperti ini diharap dapat terus memperkukuh keupayaan tenaga pengajar ADTEC dalam menyokong pembelajaran berasaskan teknologi dan inovasi digital.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€