
ย
14 Oktober 2025 (Selasa) : Pasukan bola jaring ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih naib johan dalam Pertandingan Bola Jaring Piala Pengarah ADTEC JTM Kampus Kulim sempena Program Kecemerlangan Modal Insan ADTEC JTM Kampus Kulim 2025 yang berlangsung baru-baru ini.
Kejayaan ini merupakan hasil gabungan tenaga dan semangat juang tinggi antara warga kerja serta siswi kampus yang telah menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang pertandingan. Walaupun tewas kepada pasukan ADTEC Jitra di perlawanan akhir, pasukan Nibong Tebal tetap beraksi dengan penuh semangat dan mempertahankan maruah di gelanggang.
Pihak ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pemain dan jurulatih atas usaha gigih serta semangat kesukanan yang ditonjolkan. Kejayaan ini diharap menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ









