
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ย
- ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
ย
14 Oktober 2025 (Selasa) : Pelajar Kursus Sijil Teknologi Multimedia Interaktif telah mengikuti Slot Motivasi bertajuk โReset Minda: Langkah Positif Untuk Masa Depanโ yang dikendalikan oleh Kaunselor Institut, Cik Nurul Inani binti Md Isa, bertempat di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal.
Slot motivasi ini bertujuan membantu pelajar menilai semula pemikiran dan sikap diri, membina minda positif serta progresif, dan seterusnya mendorong mereka untuk bertindak secara proaktif dalam merancang masa depan yang lebih cemerlang.
Melalui perkongsian yang disampaikan, para pelajar didorong untuk membentuk sikap mental yang terbuka, positif dan bersedia menerima perubahan, sejajar dengan keperluan pembangunan peribadi dan profesional dalam dunia kerjaya masa kini.
Pihak institut berharap program seumpama ini dapat terus memperkasakan pelajar dalam aspek kesejahteraan emosi dan motivasi diri, sekali gus membantu mereka mencapai kejayaan akademik dan peribadi yang lebih seimbang.
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ









