Program Perantis TVET

Program Perantis TVET
08 November 2024 (Jumaat) : Kelas sesi pertama bagi Program Perantis TVET Madani ILP APNT - SMK Seri Nibong telah dijalankan. Modul yang dilaksanakan adalah sama seperti SMK Sungai Acheh iaitu Latihan Kemahiran Teknologi Media Kreatif .
 
Program yang akan dijayakan selama 8 minggu setiap Sabtu ini telah disertai oleh 20 orang para pelajar sekolah berkenaan. Para pelajar akan diberi latihan kemahiran teknologi media kreatif bermula dari Teknik Asas Fotografi, Mereka Bentuk Menggunakan Aplikasi Canva dan Asas Percetakan. Seterusnya, produk yang telah direka bentuk akan dicetak menggunkan mesin percetakan digital dan litografi ofset.
 
Antara produk yang bakal dihasilkan adalah seperti mug, mouse pad, buku nota A5, button badge dan wrist lanyard. Produk-produk berkenaan akan direka bentuk khas mengikut citarasa para peserta berdasarkan kreativiti masing-masing.
Program selama 8 minggu ini dijaya dan direalisasikan oleh para pengajar dari Jabatan Mekanikal & Pengeluaran ILP APNT yang sentiasa memberi sepenuh komitmen dan komited dalam melahirkan tenaga mahir negara.
 
Sebagai makluman, program ini ditaja sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di bawah Program Pemerkasaan Dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tahun 2024.
 
Program ini adalah salah satu usaha institut ini dalam mempromosi dan memperkenalkan bidang Teknologi Media Kreatif kepada para pelajar sekolah menengah agar mereka berminat untuk menyertai latihan sepenuh masa di ILP APNT nanti.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”