08 November 2024 (Jumaat) : Kepakaran tenaga pengajar dalam pengendalian dron dari Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif ILP APNT telah dijemput bagi berkongsi kepakaran untuk melatih para pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Murni dalam modul Asas Pengendalian dan Pengaturcaraan Dron.
Pengajar yang terlibat untuk kursus pada kali ini ialah Encik Shamsul bin Yahya dan Encik Mohd Nawawi bin Muhamad Tahir. Kursus ini adalah bertujuan sebagai persediaan awal dan latihan insentif pasukan dron SK Desa Murni sebagai wakil wilayah utara dalam Pertandingan Dron Peringkat Akhir yang akan berlangsung di Putrajaya tidak lama lagi.
Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari pada hari ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan memperoleh kejayaan pada pertandingan nanti.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”