Program Akademi Dalam Industri

Program Pelajar
08 November 2024 (Jumaat) : Pegawai-pegawai kanan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah melawat pejabat Perbadanan Produktiviti Nasional (MPC) Wilayah Utara di Bertam, Kepala Batas bagi tujuan sesi perbincangan dan khidmat nasihat dalam pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri (ADi).
 
Turut hadir bersama, kakitangan pengurusan Syarikat Prima First Auto Sdn Bhd yang akan berkolaborasi dan bekerjasama dengan institut ini dalam pelaksanaan Program ADi bagi bidang Teknologi Automotif Servis.
 
Wakil institut dan syarikat telah diberi penerangan oleh Pengurus MPC Wilayah Utara, Puan Hanisah binti Mohd Ramli dan dibantu oleh Puan Nur Rafidah binti Zulkifli, Penolong Pengurus MPC Wilayah Utara.
 
Program Akademi Dalam Industri (ADi) merupakan satu kaedah untuk mempersijilkan mana-mana individu yang boleh membuktikan kekompetenan sepertimana yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) melalui latihan teori dan aktiviti kerja sepanjang program.
 
Program Akademi Dalam Industri ini juga adalah program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan.
 
Semoga perancangan untuk melaksanakan Program Akademi Dalam Industri secara bersama ini dapat direalisasikan demi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
Sekiranya ada syarikat yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Program ADi ini, boleh terus berhubung dengan Unit CESS ILP APNT atau boleh melayari portal ADi iaitu www.adi.gov.my
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”