25 Oktober 2024 (Jumaat) : Pengurusan Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pengeluaran Syarikat Kian Joo Can Factory Sdn Bhd telah melawat ILP APNT untuk satu mesyuarat yang membincangkan kolaborasi antara kedua-dua pihak.
Antara inti pati mesyuarat adalah pembentangan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan bersama sepanjang tempoh kolaborasi ini. Selain itu, hala tuju dan perancangan pelaksanaan aktiviti serta program yang akan dijalankan juga telah dibincang bersama.
Selepas sesi perbincangan, para pelawat telah dibawa melawat ke Bengkel Kluster Percetakan Jabatan Mekanikal Pengeluaran bagi melihat fasiliti, peralatan latihan dan kemudahan di institut ini yang boleh diguna pakai oleh pihak industri.
Semoga kolaborasi antara kedua-dua pihak ini dapat diteruskan bagi memartabatkan latihan kemahiran TVET terutamanya Bidang Kemahiran Teknologi Percetakan. Sebagai makluman, Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal adalah institut yang telah diberi taraf sebagai Center Of Skills Excellence (CoSE) untuk bidang Teknologi Percetakan.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”