Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Semester Akhir

Program Pelajar

24 Oktober 2024 (Khamis) : Bagi tujuan memberi pendedahan awal dan kesiapsiagaan pelajar semester akhir Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal sebelum menempuh alam pekerjaan, satu Program Bimbingan Kerjaya telah diadakan pada hari ini bertempat di Auditorium ILP APNT.
 
Program ini merupakan aktiviti wajib untuk para pelajar sebelum meneroka alam pekerjaan. Modul yang dipelajari oleh mereka adalah seperti Panduan Pendaftaran Portal MyFutureJobs, Resume Writing, Etika Pemakaian dan Panduan Menghadiri Temuduga pada sesi sebelah paginya.
 
Sesi pada sebelah pagi ini telah disampaikan oleh pegawai dari PERKESO Pulau Pinang iaitu Cik Syafina Assegerali. Institut ini juga amat berbesar hati menerima kehadiran pakar perunding yang telah dilantik oleh PERKESO untuk turut sama menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar semester ini. Beliau ialah Puan Rozalita Saupi yang berpengalaman luas dalam bimbingan kerjaya, rundingan imej personaliti dan kaunseling.
 
Pada sesi sebelah petangnya pula, sesi ujian psikometrik dan RIASEC telah dilaksanakan Pegawai Psikologi ILP APNT, Puan Noor Hidayah binti Abu Bakar bersama Kaunselor Pelatih, Puan Nur Diana binti Abu Hassan.
 
Semoga program pada kali ini dapat memberi manfaat dan menambahkan keyakinan para pelajar ILP APNT untuk bergelar sebagai seorang pekerja industri.
 
Diharapkan juga bakal graduan ILP APNT pada semester ini berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan seterusnya menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”