16 Ogos 2023 (Rabu) : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya (APR) bersama pihak institut telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education) kepada pelajar Sijil Semester 1 dan Semester 2 ILP AP Nibong Tebal bertempat di Auditorium ILP APNT.
Matlamat utama program ini adalah memastikan setiap lapisan warganegara menerima informasi yang benar dan tepat serta melahirkan rakyat celik demokrasi. Ia juga adalah selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 kepada 18 tahun di mana melalui pelaksanaan program ini diharap dapat memberi kefahaman sepenuhnya kepada para pelajar dalam menjunjung sistem demokrasi di negara ini.
Semoga dengan program ini ianya dapat memberi kesedaran kepada para pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia kerana proses itu adalah satu hak yang diamanahkan untuk dilaksanakan.