Program Knowledge & Technology Transfer

17 Ogos 2023 (Khamis) : Satu program perkongsian ilmu kemahiran dan teknologi telah diadakan khas untuk para pelajar Bahagian Teknologi Rekabentuk Grafik dan Bahagian Teknologi Multimedia Interaktif yang bertajuk Canva - Ciri dan Manfaat.

Program ini telah dijayakan oleh Unit CESS ILP APNT dengan kerjasama syarikat rakan pintar institut ini iaitu Sifoo Art & Multimedia yang mana salah satu inisiatif jalinan kolaborasi antara kedua-dua pihak. Program yang cukup bermanfaat untuk para pelajar yang terlibat ini telah disampai oleh Encik Muhammad Syafiq bin Azman, tenaga pengajar SifooDotCom.

Pelbagai ilmu serta pengetahuan berkenaan rekabentuk grafik dan multimedia telah dikongsi bersama untuk pedoman para pelajar supaya berjaya menembusi pasaran pekerjaan dan releven kepada industri kreatif negara.

Semoga dengan terlaksananya program yang cukup bermanfaat ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran pelajar serta mencetuskan idea kreatif dan kritis pada masa akan datang.