Program Kesihatan Pergigian

22 Ogos 2023 (Selasa) : Bahagian Kesihatan Pergigian Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan kerjasama ILP AP Nibong Tebal telah mengadakan satu Program Kesihatan Pergigian kepada pelajar baharu ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal bagi sesi 2/2023.

Beberapa pengisian aktiviti diadakan sepanjang program seperti Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr. Lean Wei Ren, Ceramah Orthodontik oleh Dr. Sonia A/P Belayutham, kuiz, pemeriksaan pergigian & pameran.

Semoga dengan penerangan daripada penceramah serta pemeriksaan yang telah dilakukan ianya dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang tanggungjawab untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut bagi membantu mencegah kerosakan berlanjutan yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit yang serius.