22 Ogos 2023 : Satu Kursus Jangka Pendek Printing Cost & Estimating telah diadakan dan disertai oleh peserta dari industri percetakan yang terlibat dalam proses percetakan.
Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar pakar Teknologi Percetakan, Encik Muhammad Muizz bin Antong meliputi kaedah pengiraan dan anggaran kos dalam proses percetakan.
Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari selama satu hari ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada para peserta dalam melaksanakan tugas dan kerja masing-masing.