Lawatan Kerja dari SMK Taman Mutiara

14 Ogos 2023 : Satu lawatan kerja telah diadakan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara, Kulim Kedah yang dihadiri oleh para pegawai ILPAPNT.

Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk membincangkan peluang kolaborasi dalam pembangunan latihan kemahiran khas untuk para pelajar SMK Taman Mutiara.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, Encik Mohd Hafiz bin Abu Bakar dan diiringi oleh Penolong Pengarah Unit CESS serta para pegawai dari Jabatan Mekanikal & Pengeluaran.

Kedua-dua pihak telah bersetuju dalam melaksanakan kursus jangka pendek bagi bidang Teknologi Automotif untuk para pelajar tingkatan 4 SMK Taman Mutiara yang akan bermula pada bulan September.

Semoga kerjasama dan kolaborasi yang terjalin ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan seterusnya memperkasakan bidang latihan kemahiran TVET negara.