11 Ogos 2023 : Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menerima kunjungan dari pengurusan tertinggi Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd. Mesyuarat ini bertujuan membincangan aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan bersama sepanjang tempoh perjanjian kerjasama pintar yang telah termeterai sebelum ini.
Pada kesempatan perjumpaan ini juga, pihak pengurusan institut ini melalui Tuan Pengarah, Ts. Adnan bin Ismail telah menyampaikan hadiah kepada Timbalan Pengarah Urusan Yamagata (M) Sdn Bhd, Puan Serina Chia sempena persaraan beliau tidak lama lagi.
Institut ini amat berterima kasih dan menghargai segala kerjasama dan khidmat bakti beliau sepanjang kolaboasi bersama antara kedua-dua pihak.
Semoga hubungan baik dan akrab antara Syarikat Yamagata (M) Sdn Bhd dengan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal ini memberi impak yang sangat positif dalam memperkasakan bidang kemahiran TVET Malaysia.