Lawatan ke Print Technology 2023

09 Ogos 2023 : Pelajar Diploma Teknologi Percetakan & Teknologi Percetakan Digital ILP AP Nibong Tebal dengan diiringi pensyarah telah berpeluang menyertai lawatan ke Print Technology Exhibition 2023 di MITEC Kuala Lumpur.

Pelajar-pelajar yang hadir ke lawatan itu dapat melihat pelbagai teknologi percetakan terkini, dan juga berpeluang untuk berinteraksi dengan para pakar industri yang berpengalaman. Mereka diperkenalkan kepada teknologi terkini dalam dunia percetakan, litografi ofset, percetakan digital, percetakan 3D dan banyak lagi.

Bukan sahaja itu, mereka juga telah menyertai sesi demonstrasi yang membolehkan mereka merasai pengalaman langsung dalam proses percetakan yang menarik ini.