31 Julai 2023 (Isnin) : Seramai 91 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar baharu di ILP AP Nibong Tebal bagi sesi 2/2023. Perjalanan pendaftaran pelajar bermula dengan pendaftaran di Kaunter Bahagian Pelajar dan Pengurusan Latihan dengan menyerahkan dokumen pendaftaran yang lengkap, seterusnya di Kaunter Kewangan dengan menjelaskan bayaran yuran pendaftaran manakala di Kaunter Kelab Sukan dan Kebajikan ILPAPNT bagi menjelaskan bayaran yuran keperluan sebagai pelajar. Selepas itu para pelajar meneruskan pendaftaran di asrama lelaki dan perempuan.
Satu Sesi Taklimat bersama Pengarah ILP AP Nibong Tebal kepada Ibu Bapa turut diadakan bagi menjelaskan kemudahan yang disediakan di institut untuk para pelajar dan peraturan yang perlu pelajar patuhi sepanjang pengajian serta laluan kerjaya/akademik bagi kursus - kursus yang ditawarkan di ILP AP Nibong Tebal.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan fasilitator yang bertungkus lumus memastikan proses pendaftaran berjalan dengan baik. Tahniah juga kepada pelajar dan ibu bapa kerana memilih ILP AP Nibong Tebal sebagai laluan menimba ilmu dan semoga semua pelajar baharu berjaya di masa hadapan dalam bidang TVET yang dipilih .
Sesi petang dimulakan dengan bermulanya Minggu suai Kenal sehingga 07 Ogos 2023. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang MSK adalah Latihan Dalam Kumpulan, aktiviti kembara dan ceramah / moral pada sebelah malamnya. Disamping taklimat am dari BKKL.
MSK dijalankan di bawah kelolan AJK dikalangan kakitangan dan fasilitator di kalangan pelajar yang dilantik. Diharapkan semua pelajar baharu gembira dengan setiap aktiviti dijalankan dan mendapat manfaatnya. Semoga para pelajar terus berusaha untuk berjaya pada masa hadapan.