Program Briswalk 10K Steps

Aktiviti ESG
PROGRAM BRISKWALK 10K STEPS PERINGKAT ADTEC JTM KAMPUS AP NIBONG TEBAL
ย 
03 Oktober 2025 (Jumaat) : Dalam usaha memperkukuh pelaksanaan Environmental, Social & Governance (ESG) di peringkat institusi, ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal telah menganjurkan Program Briskwalk 10K Steps yang diadakan secara bulanan di sekitar kawasan kampus.

Program yang berlangsung pada Jumaat, 03 Oktober 2025 ini merupakan pelaksanaan kali kedua, dan diadakan pada Jumaat minggu pertama setiap bulan. Aktiviti dimulakan pada jam 8.15 pagi bertempat di hadapan Lobi Bangunan Pentadbiran, dengan penyertaan penuh daripada semua kakitangan dan pelajar ADTEC.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, menggalakkan aktiviti fizikal serta memperkukuh hubungan sosial dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga institusi. Inisiatif ini juga sejajar dengan prinsip ESG yang memberi penekanan kepada kesejahteraan warga kerja dan pembangunan komuniti sihat di tempat kerja.

Selain itu, maklumat Indeks Jisim Badan (BMI) setiap peserta turut dimasukkan ke dalam aplikasi pengiraan langkah pada telefon pintar masing-masing bagi menyokong pemantauan aktiviti berjalan dan kesihatan individu secara berterusan.

ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak positif yang menyokong agenda ESG serta memperkukuh kesejahteraan seluruh warganya.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€