
03 Oktober 2025 : Pertandingan Badminton (Lelaki) Peringkat ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal Sesi 2/2025 yang berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober 2025 telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar.
Program ini merupakan anjuran Biro Sukan & Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal dan diadakan di Dewan Sukan ADTEC. Pertandingan dijalankan secara beregu, melibatkan 16 kumpulan pelajar yang berentap untuk merebut gelaran juara.
Sepanjang pertandingan berlangsung, suasana di dewan begitu meriah dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada para penonton yang hadir memberi sokongan. Setiap perlawanan memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi, dengan ramai pemain menampilkan kemahiran permainan yang mantap serta strategi yang tersusun.
Program seperti ini bukan sahaja menjadi platform bagi pelajar menunjukkan bakat dan potensi dalam bidang sukan, tetapi juga berperanan memperkukuh semangat berpasukan, disiplin dan ukhuwah dalam kalangan warga ADTEC.









