Kursus Lanjutan APAM sesi 2/2025

Aktiviti Pelajar
๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ
ย 
4 - 5 Oktober 2025 (Sabtu - Ahad) : Seramaiย 14 orang pelajar semester 2 dari Kursus Teknologi Rekabentuk Grafik dan Teknologi Percetakan Digital telah berjaya menamatkan Kursus Lanjutan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang diadakan pada 4 hingga 5 Oktober 2025 (Sabtu hingga Ahad) bertempat di ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal.

Kursus ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum bagi sesi 2/2025 yang bertujuan memberikan pendedahan dan latihan asas kepada para pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana. Melalui latihan yang dijalankan, para peserta didedahkan dengan kemahiran asas seperti tindakan kecemasan, keselamatan awam, dan pertolongan cemas yang amat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dunia pekerjaan.

Pihak institut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai Selatan dan APM Negeri Pulau Pinang atas kerjasama serta komitmen mereka dalam menjayakan kursus ini. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada kakitangan ADTEC yang terlibat sepanjang pelaksanaan program.

Penganjuran kursus seperti ini diharap dapat melahirkan pelajar yang berdaya tahan, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran, sejajar dengan hasrat ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal dalam membentuk modal insan yang holistik dan berkemahiran tinggi.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€

Webmaster