Program Akademi Dalam Industri - Teknologi Percetakan Fleksografi

Program ADI
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ (๐€๐ƒ๐ข) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐Ž๐—-๐๐€๐Š (๐Œ) ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐๐ ๐Œ๐๐€๐Š ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ - ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐…๐‹๐„๐Š๐’๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ

29 September 2025 (Isnin) : Berakhirnya sesi pembelajaran teori secara bersemuka bagi para peserta Program Akademi Dalam Industri (ADi) menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha melahirkan tenaga mahir tempatan. Kelas teori ini telah dijalankan selama sebulan di ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal.

Sepanjang tempoh tersebut, para Bakat ADi dibimbing oleh tenaga pengajar berdedikasi dari Bahagian Teknologi Percetakan Industri yang komited dalam melaksanakan amanah serta memastikan penyampaian ilmu berjalan dengan lancar. Modul pembelajaran ini memberi tumpuan kepada bidang Teknologi Percetakan Fleksografi, selain turut melibatkan pembangunan fail portfolio bagi setiap peserta.

Seramai 10 orang Bakat ADi yang terlibat dalam sesi ini akan meneruskan fasa seterusnya melalui latihan amali sambil bekerja di syarikat masing-masing, iaitu Box-Pak (M) Berhad, Batu Caves dan BP MPak, Senai.

Program Akademi Dalam Industri (ADi) yang dijangka tamat pada Mei 2026 ini merupakan satu inisiatif bagi mempersijilkan individu yang berkemahiran melalui gabungan latihan teori dan pengalaman kerja sebenar. Program ini berpaksikan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan memberi peluang kepada peserta untuk membuktikan tahap kompetensi masing-masing.

ADi merupakan program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang melibatkan kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan institusi akademik. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam mendepani cabaran pembangunan bakat tempatan yang berdaya saing.

Syarikat yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program ADi boleh menghubungi Unit CESS ILP APNT atau melayari portal rasmi di www.adi.gov.my

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€